Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Skim Kawalan Harga Aidilfitri:...

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan...

VIDEO: Sempoi.. Michelle Obama...

Michelle Obama sekali lagi menunjukkan skill menarinya di hadapan khalayak ramai.Kali ini Michelle...

Sederhana, Jangan Bazir Makanan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya bersederhana...

Polis Siap Siaga, Jamin...

BAGAN DATUK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusun strategi penugasan lebih berkesan dan...

Anwar Mahu Lebih Lagi Layanan Istimewa Di Penjara?

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa konon keluarganya ‘didera’ oleh pihak kerajaan semata-mata kerana dikenakan peraturan sama seperti banduan lain.

Tohmahan tersebut sengaja dikeluarkan apabila bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak lagi dibenarkan sewenang-wenangnya bebas pada bila-bila masa untuk berjumpa dengan mana-mana ahli keluarganya di penjara.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat seorang lelaki berkata, beliau merayu agar keluarganya tidak ‘didera’ lagi oleh kerajaan sama seperti yang dikenakan ke atas banduan lain.

“Saya minta pertimbangan berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak ‘dera’ Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah. Tapi janganlah ‘dera’ keluarga saya. Keluarga nak jumpa pun susah.

“Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh. Saya minta timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam,” kata beliau seolah-olah dirinya memiliki keistimewaan tersendiri berbanding banduan lain.

Kata-kata Anwar secara lisan itu disampaikan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan pada Rabu. Ia menimbulkan tanda tanya adakah Anwar sebelum ini bebas menerima layanan bertaraf ala VIP.


Ia bertambah aneh apabila peguam-peguam Anwar pernah mendakwa Ketua Umum PKR itu perlu diberi layanan istimewa dan berbeza berbanding dengan banduan lain yang juga dikurung di Penjara Sungai Buloh.

Menurut mereka, keengganan pihak Jabatan Penjara untuk memberi keistimewaan kepada Anwar seperti bebas bertemu dengan sesiapa konon sangat zalim dan keterlaluan seolah-olah Anwar sama macam banduan lain juga.

Mereka turut mendakwa jabatan itu bertindak kejam kerana tidak membenarkan keluarga Anwar bawa makanan dari luar penjara untuk banduan tersebut walhal ia nyata memang peraturan standard sejak sekian lama lagi.

Lebih pelik apabila mereka mendakwa tindakan jabatan tersebut mengasingkan Anwar daripada tinggal bersama dengan banduan-banduan lain di Penjara Sungai Buloh juga dianggap konon sebagai perbuatan kejam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori