Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jaclyn Victor, Shawn Bakal...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada juara bintang realiti Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor...

1MDB: Sikap Buruk Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Tidak sudah-sudah mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan...

Malaysia Dahului Senarai 10...

KUALA LUMPUR: Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia selepas disenaraikan di...

Kerjasama PDRM-PR1MA, Peluang Warga...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis...

Anwar Lantik 6 Peguam Baharu Dalam Kes Tuduhan Qazaf

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melantik enam peguam baharu syarie untuk mewakilinya dalam kes tuduhan qazaf.

Anwar melantik peguam baharu itu dalam permohonan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan yang dikemukakan Anwar dalam kes itu.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie dan Mohd Reza Mohd Rafie antara barisan peguam yang dilantik Anwar di hadapan Pendaftar Syarie Mahkamah Rayuan Syariah di sini.

Anwar yang dibawa dari Penjara Sungai Buloh hadir ke mahkamah bagi membaca surat pelantikan peguam baharu itu.

Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah berkata anak guamnya (Anwar) hanya membaca surat pelantikan peguam itu yang berlaku lebih setengah jam dengan dihadiri peguam-peguam.

“Prosiding hari ini hanya membaca surat pelantikan peguam oleh Anwar. Tiada arahan lanjut diperoleh dari Anwar memandangkan pihak mahkamah tidak membenarkan peguam mengambil apa-apa arahan lanjut,” kata Kamar Ainiah.

Dalam permohonan untuk mengetepikan semakan dan rayuan Anwar itu, selain Shamsuddin, dua lagi pemohon ialah bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Mereka memfailkan permohonan itu pada 13 Mei lalu untuk memohon mengetepikan dan/atau membatalkan notis rayuan yang dikemukakan Anwar pada 23 April 2010 dan 21 Feb 2012.

Kedua-dua notis itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketiga-tiga mereka mendakwa permohonan Anwar itu bersifat cacat.

Selain itu, mereka turut memohon kos tindakan ditanggung oleh responden dan perintah-perintah dan/atau relief-relief lain yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori