Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dasar Rapatkan Jurang Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Satu dasar, pendekatan dan strategi yang lebih berkesan untuk merapatkan...

PAS Sindir Kerajaan PH...

SINIS... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kehairanan dengan tindak tanduk sebilangan...

Parkir Dikurangkan Untuk Atasi...

KUALA LUMPUR - Bilangan ruang meletak kenderaan di bandar raya ini akan dikurangkan...

Lombong Pasir: 2 Lelaki...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini membebaskan dua lelaki, seorang daripadanya pengarah syarikat,...

Anggota PKR Terutama Calon Bertanding Digesa Tidak Berbalah

GEORGE TOWN – Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin mahu semua anggota parti itu terutama mereka yang bertanding pada pemilihan PKR 2018 tidak berbalah hanya kerana berbeza pendapat sebaliknya meraikan demokrasi yang sihat serta mengundi untuk masa depan Malaysia Baharu.

Dr Afif yang merupakan Timbalan Ketua AMK berkata medan pemilihan kali ini adalah satu wacana untuk menawarkan idea dan visi demi masa depan PKR serta negara.

“Komitmen saya di dalam PKR jelas ,iaitu melihat parti menjadi satu organisasi politik yang lebih tersusun dan profesional… dalam masa sama agenda reformasi yang dipelopori oleh (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 20 tahun dahulu harus dilaksanakan secara holistik dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemilihan PKR akan bermula di Kedah dan Pulau Pinang Sabtu ini, melibatkan 105,056 layak mengundi. Kira-kira 800,000 anggota PKR di seluruh negara akan mengundi pada pemilihan yang akan berlangsung sehingga 28 Okt ini.

Dr Afif yang juga pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang berkata bermula esok, PKR akan melalui satu proses demokrasi di dalam parti di mana hampir 10,212 jawatan di peringkat cabang dan 76 jawatan di peringkat pusat bakal dipertandingkan.

Beliau berharap proses pengundian yang bermula di Pulau Pinang dan Kedah esok berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan harmoni. – BERNAMA

Kategori