Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Tentera Ditahan Bantu...

KUCHING - Polis menahan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan bagi membantu siasatan kes...

PAS Pilih Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR : PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya...

Kerajaan Luluskan Projek Pembinaan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pembinaan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang...

Jenayah Kebencian Anti-Islam Di...

WASHINGTON – Jenayah kebencian anti-Islam meningkat 91 peratus pada separuh pertama tahun ini,...

AMK Minta Faizoull Jelaskan Hubungan Dengan Rafat

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Pengerusi pasukan bola sepak Felda United, Faizoull Ahmad memberi penjelasan tentang hubungan beliau dengan Rafat Rizvi.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Rafat sebelum ini dikehendaki oleh polis antarabangsa sebelum ini atas tuduhan jenayah perbankan di Indonesia.

“Faizoull melawat kelab pasukan bola sepak Scotland Glasglow Rangers bersama Rafat beberapa hari lepas. Menurutnya (Faizoull) tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat potensi untuk menjalankan program pembangunan anak muda bersama Felda United.

“Mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi mendakwa, tindakan Faizoull itu sangat mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan malah terdapat spekulasi beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasglow Rangers.


“Saya menekankan agar Faizoull memberi penjelasan tentang perkara ini kerana beliau sebagai Pengarah Besar Felda perlulah bertanggungjawab atas tindakannya.

Portal berita sukan BBC Sport Football kelmarin bagaimanapun melaporkan jurucakap Glasglow Rangers menafikan laporan Faizoull bercadang melabur dalam kelab berkenaan.

Jurucakap Glasglow Rangers dipetik berkata, tujuan lawatan Faizoull cuma untuk meninjau pembangunan belia dan potensi kerjasama dengan kelab bola sepak di Scotland tersebut.

Wartawan BBC Scotland, Richard Wilson dalam laporan itu mendakwa Faizoull melawat Stadium Ibrox Rangers dan Murray Park serta makan tengah hari bersama Easdale dengan disertai Rafat. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori