Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laporan Kegembiraan Dunia: Denmark...

MENERUSI hasil kajian yang yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari...

Semua Kru Bot Tempur...

KUALA LUMPUR - Kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada...

MCA Sedia Tebus Kegagalan...

KUALA LUMPUR – MCA bersedia untuk menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam...

Lindsay Terkejut Diarah Buka...

BARU sahaja berjinak-jinak mempelajari ilmu agama Islam, pelakon Lindsay Lohan diduga apabila dia mendedahkan...

Ambil Tindakan Pada Portal Penipu Kes Hudud – KJ

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap sebuah portal berita yang dikata menyiarkan laporan palsu mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud.

Khairy menyifatkan laporan itu tidak bertanggungjawab dan biadap.

Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan dibuat di Balai Polis Jalan Travers itu bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.


Khairy berkata SKMM perlu segera mengambil tindakan tegas ke atas portal ini kerana ia menyentuh kredibiliti Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini.

“Kegagalan SKMM membawa kes berkenaan ke mahkamah dikhuatiri akan menjejaskan nama baik Majlis Raja-Raja,” katanya. Beliau berkata walaupun Pemuda Umno menyokong penuh kebebasan media namun kebebasan itu perlu ada batas dan bukan mutlak. — BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori