Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

TPM Saran Anggota PAC...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan...

Haram Tonton TV Waktu...

KETUA daerah Purwakarta di Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengarahkan televisyen ditutup ketika waktu Maghrib...

Majlis Bandaran Silap Tanam...

ASTANA – Pihak berkuasa majlis perbandaran di ibu negara Kazakhstan pada Rabu melancarkan...

Pembangunan Sabah Perlu Kerjasama...

KOTA KINABALU - Pembangunan Sabah memerlukan kerjasama padu rakyat, sama ada lelaki mahupun...

Ambil Iktibar Konflik Dalaman PAS Sebelum Undi Calon

TUMPAT – Konflik dalaman yang melanda PAS wajar diambil iktibar oleh para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang akan memilih calon sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) pada Khamis ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata parti itu kini mengalami keretakan ‘rumah tangga’ hinggakan seluruh dunia mengetahuinya ekoran pemimpin tertingginya berbalah dan tidak mencapai kata sepakat, ini sudah pasti akan turut berlaku perpecahan di peringkat bawahan.

“Umpamanya kalau ibu bapa asyik bertengkar sahaja, anak akan tidak mahu balik rumah, sebab itu elakkan bertengkar depan anak. Tapi sekarang ini bukan sahaja bertengkar dengan anak-anak, satu kampung pun sudah dengar.

“Maknanya kalau sebuah parti itu ‘house not in order’, di mana mereka sendiri tidak boleh menyusun dengan baik, bagaimana nak beri yang terbaik kepada rakyat nanti?,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika melakukan lawatan di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi PRK DUN Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

Bertempat di Pusat Latihan Hospital Tumpat, pusat media kementerian itu yang dibuka sehingga tamat hari pengundian mampu menampung 60 petugas media serta menyediakan pelbagai kemudahan termasuk jalur lebar internet dan maklumat yang diperlukan.


Sementara itu, seorang petugas TV9, Mohd Fauzi Mad Zin, 25, berkata beliau berpuas hati dengan pusat media kementerian yang dilengkapi kemudahan terbaik selain suasana yang selesa.

“Sebenarnya apa yang kita sangat perlukan hanyalah kemudahan internet yang laju bagi kami menghantar segera bahan berita ke ibu pejabat. Ini kerana capaian internet di kawasan ini ada masanya kurang bagus.

“Tahniah. Mereka berjaya memberikan yang terbaik dengan menyediakan banyak akses internet Wi-Fi serta suasana kerja yang selesa,” katanya yang mempunyai pengalaman tiga kali membuat liputan PRK dan juga pilihan raya umum ke-13.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori