Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ramai Pelarian Rohingya Dijangka...

SEPANG - Polis tidak menolak kemungkinan terdapat kemasukan lebih ramai pelarian etnik Rohingya...

Geng Curi Lembu Di...

BAGAN SERAI - Lima anggota geng mencuri lembu diberkas di sini awal bulan...

Pengantin Baharu Antara 2...

TAPAH - Sudah tentu saya sedih kerana kami baharu sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu...

Audio Komplot Singkir MB...

IPOH - Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan rakaman audio yang dikatakan...

PAN Sedia Tunggu Kewujudan Pakatan Baharu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menunggu kewujudan pakatan baharu pembangkang yang lebih besar seperti yang diuar-uarkan sebelum memutuskan untuk menyertainya.

Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata parti itu dalam mesyuaratnya hari ini sebulat suara memutuskan untuk berbincang mengenai peranan parti itu dalam pakatan baharu sekiranya ia menyertainya kelak.

PAN akan berbincang panjang dengan Pakatan Harapan tentang baik dan buruk yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Wisma Parti Amanah Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata PAN bersiap menunggu kewujudan pakatan itu untuk membincangkan pelbagai isu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN)dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Mohamad Sabu berkata bagaimanapun partinya berikrar akan terus bekerjasama berganding dalam Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PAN, PKR dan DAP.


Ditanya mengenai cadangan kerajaan di bawah pimpinan DAP hendak mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, Mohamad Sabu berkata PAN akan memberi keputusan sama ada menyokong atau tidak dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) Pakatan Harapan.

“Sama seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu, kami akan umum dalam MMP melalui Pakatan Harapan,” katanya.

Rabu lepas, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan PAN) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori