Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bunuh Janda, Anggota Polis...

KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat koperal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan...

Pencuri Burger Tinggalkan Nota...

PENCURI adalah orang perseorangan atau satu kumpulan yang dibentuk dengan tujuan untuk mencuri,...

Noorizan Mohamad: Buat Lelaki...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles SEPERTI yang dijadualkan, pada pagi itu sekumpulan anggota tentera...

Saham Tengku Hazman Melonjak,...

KUALA TERENGGANU - Selepas membantu Terengganu FC II (TFC II) menjulang trofi sulung...

Ahmad Faizal Sedang Suaikan Diri Sebagai MB

IPOH – “Saya sedar itu kelemahan saya”, demikian pengakuan ikhlas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai dirinya yang jarang melawat kawasan diwakili iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di Tapah.

Dikenali umum sebagai seorang yang sangat merendah diri dan santai, Ahmad Faizal yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata beliau sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

“Tambun saya balik setiap hari, Chenderiang saya mengaku tinggalkan (jarang balik) buat masa ini, namun pegawai saya di kedua-dua kawasan melaksanakan tanggungjawab dengan amat baik.

“Saya perlu memberi fokus kepada tanggungjawab mentadbir negeri selain memenuhi tuntutan untuk melangsaikan janji-janji manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia cawangan Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas desas desus mengatakan penduduk di DUN Chenderiang tidak berpuas hati selepas wakil rakyat mereka itu jarang kembali melawat kawasan selepas PRU14.


Selain itu, Ahmad Faizal berkata Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama DUN ke-14 Perak yang berlangsung serentak dengan persidangan Parlimen adalah atas titah istana.

“Tarikh itu diberikan oleh istana, saya cuma mengikut titah yang ditetapkan. Not in my power to change that (Saya tiada kuasa boleh mengubahnya),” katanya. – BERNAMA

Kategori