Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Timbang Prasyarat Izin...

IPOH - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan pertimbangkan permohonan syarikat perubatan yang ingin...

Michael Buble Berehat, Jalani...

PENYANYI Michael Bubble menerusi laman sosial Twitternya menghebahkan bahawa dia bakal menjalani pembedahan...

Kementerian Kesihatan Cadang Tambah...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk...

Polis Tahan Lelaki Curi...

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencuri dua buah plat...

Dompok Duta Pertama Ke Vatican, Hassan Malek Ke Kemboja

KUALA LUMPUR – Bekas menteri persekutuan, Tan Sri Bernard Dompok antara tujuh yang menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara hari ini.

Berangkat sama ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan isteri, Datin Seri Ismalina Ismail serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ho May Yong.

Dompok, 67, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Holy See atau juga disebut sebagai Vatican City.

Turut menerima watikah ialah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar bersama Bakal-bakal Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara pada Istiadat Penerimaan Watikah Pelantikan dan Majlis Mengadap di Istana Negara hari ini.
 - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar bersama Bakal-bakal Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara pada Istiadat Penerimaan Watikah Pelantikan dan Majlis Mengadap di Istana Negara hari ini.
 – Foto BERNAMA

Lima lagi yang menerima watikah ialah Shahril Effendi Abd. Ghany (Duta Besar ke Oman), Datuk Ayauf Bachi (Duta Besar ke Ukraine), Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin (Duta Besar ke Poland), Datuk Ilango Karuppannan (Pesuruhjaya Tinggi ke Singapura) dan Wan Zaidi Wan Abdullah (Pesuruhjaya Tinggi ke Sri Lanka).

Pada istiadat itu, tujuh Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia turut mempersembahkan watikah pelantikan masing-masing kepada Tuanku Abdul Halim.


Mereka ialah Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Laos, Houmdaophone Soukhaseum; Duta Besar Republik Croatia, Kreso Glavac dan Duta Besar Republik Senegal, Dr. Adrienne Diop.

Empat yang lain ialah Duta Besar Mongolia, Tugsbilguun Tumurkhuleg; Duta Besar Republik Mali, Niankoro Yeah Samake; Duta Besar Republik Bulgaria, Sergey Michev dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Cyprus, Demetrios A. Theophylactou.

Diop, Glavac dan Houmdaophone merupakan ketua perwakilan asing yang bermastautin di negara ini manakala empat yang lain bermastautin di luar negara.

Michev bermastautin di Jakarta, Indonesia; Yeah Samake dan Theophylactou di New Delhi, India dan Tugsbilguun di Bangkok, Thailand. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori