Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelanggan Dilayan Seperti Tuan,...

MAHU dilayan umpama raja? Sebuah kafe di Hangzhou, China ada jawapannya. Pelayan-pelayan wanita di...

Tujuh Sekeluarga Maut Nahas...

PERJALANAN tujuh sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri berakhir dengan tragedi yang...

Sampai Takut Pergi Kebun

Lipis - Kira-kira 500 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Batu 9, Kuala...

MIER Semak Semula Unjuran...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran...

Adly Mula Tugas Ketua Menteri Melaka Hari Ini

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memulakan tugasnya hari ini di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Beliau tiba di pejabatnya kira-kira 8.30 pagi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Roslan Ibrahim.

Adly kemudian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk bersalaman dan beramah mesra dengan kakitangan di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Beliau seterusnya melakukan perbincangan mengenai aturan dan pengurusan kerajaan negeri bersama Roslan serta kakitangan terlibat.

Petang ini, Adly dijadual mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub sebelum mengadakan sidang media dipercayai berkaitan dengan pelantikan Exco Kerajaan Negeri Melaka.


Adly yang juga Pengerusi PH Melaka mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Jumaat lepas selepas pakatan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu. – BERNAMA

Kategori