Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Arah Rakyat...

RIYADH - Arab Saudi menggesa rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin beberapa hari selepas...

GAMBAR: Peminat Tegar Jemput...

JIKA kanak-kanak lain gemar memilih tema kartun kegemaran sempena hari jadi mereka, Muhammad...

Curi Pelbagai Barang, Bapa...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai jenis barangan termasuk coklat di sebuah pasar...

Mahkamah Agung India Batal...

NEW DELHI – Mahkamah Agung India membatalkan larangan era-kolonial terhadap seks gay semalam...

Ada Lagi Anggota Parlimen Akan Tinggalkan UMNO

SANDAKAN – Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat ramalan dan sumber yang mengatakan bahawa akan ada lagi anggota parlimen UMNO akan keluar parti.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata ini masih tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan menjadi fitnah.

“Dalam senario sekarang akan ada anggota parlimen UMNO termasuk dari Sabah akan ikut (keluar parti),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Terbaru, dua lagi anggota parlimen UMNO mengumumkan keluar dari parti iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis).

Ditanya jika kemungkinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan menurut langkah adiknya Anifah keluar dari UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.


Mengenai kedudukannya dalam UMNO, Bung Moktar berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu yang menjadi wadah perjuangannya.

Menurutnya beliau tidak akan membuat keputusan yang akan menjejaskan perjuangan parti itu kerana percaya UMNO akan bangkit semula. – BERNAMA

Kategori