Abdul Hadi Mahu Banyak Berehat, Kesihatan Kurang Baik

Presiden parti PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang melihat untuk berehat kerana mengakui keadaan kesihatannya kini kurang baik.

Laporan akhbar rasmi PAS Harakahdaily, beliau dilihat sejak kebelakangan ini tidak aktif seperti dulu memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah bagi pihak parti.

“Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar,” kata Abdul Hadi.

BACA – Abdul Hadi Tak Hadir Himpunan Solidariti Ummah

Abdul Hadi juga dilaporkan hanya membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Parlimen pada semalam dalam tempoh tidak lebih dari 10 minit.

Pada Mei lepas, beliau dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki selepas mengalami masalah pernafasan ketika menghadiri program di negara Eropah itu.

Selepas itu, Abdul Hadi terpaksa berehat dekat sebukan kerana keadaan kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa dalam politik. – MYNEWSHUB.CC

Loading...