Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Tiba Di...

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kemboja...

Bapa Elfira Minta Sufian...

BAPA kepada aktress, Elfira Loy iaitu Ahmad Sabri Ariffin menggesa agar penyanyi, Sufian...

Lelaki Bogel Pura-Pura Dilanggar...

DEMI mendapatkan wang dengan cara mudah, seorang lelaki dari China ini sanggup membogelkan...

Permohonan Inkues Kematian Nora...

KUALA LUMPUR - Permohonan inkues oleh keluarga terhadap kematian Nora Anne Quoirin sudah...

Abaikan Undang-Undang Islam, Siapa Meniduri Siapa!

KUALA LUMPUR – “Rakyat Malaysia terlalu obses kepada undang-undang Islam, apa yang perlu dipakai dan siapa meniduri siapa. Abaikan semua itu kerana ia langsung tidak meningkatkan produktiviti negara”

Itu petikan ayat yang dikongsikan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan medianya hari ini. Beliau mendakwa ayat itu dikeluarkan oleh seorang bekas diplomat Malaysia.

Tegas Kit Siang, ayat tersebut perlu dipertimbangkan secara teliti oleh setiap rakyat Malaysia bagi memastikan Malaysia dapat terus bersaing dengan negara-negara lain.

Beliau turut memetik ayat pada waktu negara China bergerak ke hadapan melalui program kemodenan, Malaysia masih berkata tentang soal bahasa, kaum dan agama.

“Apa bekas diplomat Malaysia ini menulis tentang China dan Malaysia perlu menjadi sumber pemikiran oleh rakyat Malaysia dengan persoalan bagaimana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama boleh bersatu untuk menetapkan hala tuju dan dasar negara bagi bersaing dengan negara lain,” katanya dalam kenyataan itu.


Kit Siang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN)

Pakatan Harapan kini menjalin kerjasama politik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Mahathir meninggalkan UMNO dan mengasaskan PPBM kerana kecewa beberapa kepentingan peribadi dan kroninya tidak dipenuhi kerajaan Persekutuan. – Mynewshub.cc

Kategori