Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kelajuan Internet Di Malaysia...

MELAKA - Kelajuan Internet di negara ini baik dan memuaskan bagi memenuhi keperluan...

Serangan Dua Pangkalan PBB...

BAMAKO (Mali) - Sekumpulan penyerang bersenjata menyerang dua pangkalan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu...

Pemimpin PAS Ada Ikut...

KUALA LUMPUR - DAP menuduh pemimpin PAS tidak menerima ajaran Islam yang tepat...

Semua Negeri Perlu Larang...

KUALA LUMPUR - Semua negeri bukan sekadar Johor dan Perak perlu melarang penggunaan...

80% Manifesto PH Berkaitan Felda Sudah Dilaksana BN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 peratus iltizam Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berkenaan Felda sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata janji-janji yang diberikan pakatan pembangkang kepada peneroka Felda tidak munasabah dan menunjukkan mereka tidak memahami sistem dan urus tadbir Felda.

“Contohnya dalam iltizam mereka (Pakatan Harapan) menyebut pelupusan 50 peratus daripada hutang peneroka sedia ada, sedangkan ada lebih 7,000 peneroka yang sifar hutang.

“Bayangkan kalau dilupuskan RM5,000 bagi setiap peneroka yang berhutang, bagaimana pula mereka yang sifar hutang. Ini tidak adil kepada mereka. Malahan jumlah hutang para peneroka juga berbeza,” katanya dalam sidang media khas menjawab Manifesto Pakatan Harapan Berkaitan Felda di Menara Felda, di sini, hari ini.

Sebaliknya katanya, pendekatan yang dilakukan oleh BN lebih bersifat holistik dan memberi faedah kepada semua iaitu hutang peneroka dilupuskan sebanyak RM5,000, manakala bagi peneroka yang sifar hutang akan menerima wang tunai RM5,000. -BERNAMA

Kategori