Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Cikgu Dibuang Kerja Lepas...

SEORANG pembantu guru di sebuah sekolah rendah di County Durham, England, Gemma Laird...

Polis Siasat Penyebaran Rakaman...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengkaji tindakan terhadap penyebar rakaman kamera litar tertutup...

Kos ‘Walkway’ Terlalu Mahal,...

KUALA LUMPUR - Gerakan membidas kerajaan negeri Selangor kerana kos naik taraf 'walkway'...

SADA Jamin Bekalan Air...

ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberi jaminan bekalan air di...

Pemimpin Hindu Mahu 3 Tuntutan Selepas PRU14

KLANG – Kesemua pemimpin Hindu di negara ini menggesa kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini memenuhi tiga tuntutan utama penganut agama itu dalam masa 30 hari pentadbirannya.

Presiden Majlis Hindu Dunia Malaysia, V.K Regu, yang mewakili para pemimpin itu, berkata tuntutan pertama ialah mewujudkan pendidikan formal agama Hindu bagi menggantikan mata pelajaran moral di semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“Kami dapati ia merupakan kaedah berkesan bagi menangani isu keganasan dan masalah sosial dalam kalangan belia India.

“Kelas agama perlu diadakan bagi pelajar India seperti yang diikuti pelajar Islam sekarang,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri perbincangan tentang agenda penganut agama Hindu Malaysia di sini malam tadi.

Tuntutan itu diluluskan para wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan agama Hindu iaitu Malaysia Hindu Sangam, Malaysia Hindu Sevai Sangam dan Majlis Belia Hindu Malaysia.

Regu berkata tuntutan kedua ialah kerajaan perlu mengkaji penubuhan sekolah menengah Tamil berasaskan pendidikan vokasional bagi menangani isu keciciran pelajar India di peringkat sekolah menengah.


“Tuntutan ketiga pula ialah kami mahu kadar guna tenaga sebanyak tujuh peratus disediakan untuk masyarakat India di setiap peringkat jawatan dalam semua syarikat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Masyarakat Hindu memberi komitmen untuk menyokong dan mengundi mana-mana parti yang memasukkan tiga tuntutan itu ke dalam manifesto mereka bagi PRU14,” katanya serta menegaskan bahawa perkara itu merupakan isu mendesak melibatkan masyarakat India di negara ini yang perlu diatasi. – BERNAMA

Kategori