6 Ketua Pemuda UMNO Sertai Parti Warisan Sabah

KOTA KINABALU – Enam Ketua Pemuda UMNO bahagian di Sabah meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar, Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan), Nik Nadzri Nik Zawawi (Keningau), Ariffin Kassim (Tawau), Ramlan Awal (Sepanggar) dan Helmi Ghulam Sidek (Silam).

Jamawi yang bertindak sebagai jurucakap bagi kumpulan ketua pemuda itu berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk keadaan politik semasa dan kepentingan rakyat serta kelangsungan politik.

โ€œKita memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan bukan satu tindakan terburu-buru.

โ€œKita mahu politik yang stabil. Rakyat mahu pembangunan. Oleh itu, kita mahu kelangsungan politik agar dapat meneruskan perkhidmatan kepada rakyat,โ€ katanya.

Jamawi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kemabong berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini.

Jamawi berkata, berikutan pengisytiharannya menyokong Mohd Shafie, beliau telah meletakkan kesemua jawatannya dalam UMNO iaitu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Melalap Bahagian Tenom. – BERNAMA