Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Rekod Dunia 1,500 Meter...

LOS ANGELES - Juara renang Sukan Olimpik lima kali, Katie Ledecky memecahkan rekod...

Luah Amaran Kepada Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Rakyat harus hantar amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi...

PMSP Desak SKMM Sekat...

CYBERJAYA - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi...

SPR Bukan Jabatan, Ada...

BONGKAR... Sebuah akhbar tempatan dedah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam situasi pelik...

446 Polis Kuala Selangor, Tanjong Karang Undi Awal

KUALA SELANGOR Seramai 446 anggota dan pegawai polis yang juga pemilih berdaftar di Kuala Selangor dan Tanjong Karang, akan melakukan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A. Wahab berkata proses pengundian awal itu akan diadakan di tiga lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Rumah Kelab IPD Kuala Selangor dan Bilik Gerakan IPD Tanjong Karang.

“Proses pengundian membabitkan anggota dan pegawai ini akan bermula seawal 8 pagi.

“Saya berharap proses pengundian warga polis di sini akan berjalan dalam keadaan tenang dan lancar,” katanya kepada di sini hari ini.

Mengulas mengenai laporan polis yang diterima sepanjang perjalanan kempen pilihan raya ini, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menerima tiga laporan berhubung kes mencabut dan merosakkan bendera parti politik yang bertanding membabitkan beberapa lokasi sekitar Kuala Selangor.


“Bagaimanapun kita tidak dapat mengesan individu mahupun pihak bertanggungjawab yang mencabut dan merosakkan bendera parti ini, ” katanya.

Md Asri meminta semua pihak menghormati peraturan dan undang-undang sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya umum selain tidak merosakkan mana-mana bendera atau poster parti yang ditampal. – BERNAMA

Kategori