Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dalam Percaturan Politik, Semoga...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang...

Pencapaian GTP, ETP Beri...

KUALA LUMPUR -- Kejayaan mencatat pencapaian melebihi sasaran menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan...

Majikan Didakwa Gaji 21...

TELUK INTAN - Seorang majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Wan Junaidi Sedia Galas...

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk...

4 Juta Rakyat Malaysia Belum Mendaftar Sebagai Pengundi

MENGUNDI adalah hak semua individu yang mempunyai taraf kerakyatan Malaysia yang sah. Ianya memberi peluang kepada anda untuk turut serta mencorakkan bentuk pemerintahan negara ini dalam tempoh empat tahun.

Meskipun satu undi, ia boleh membawa kesan yang besar terhadap hasil undian. Mungkin dengan satu undian itulah, keputusan pengundian di sesuatu kawasan ditentukan.

Tiada gunanya mengulas bermacam-macam perkara tentang politik negara tapi kesudahannya tidak keluar mengundi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 31 Disember 2015 seramai 17,658,700 rakyat Malaysia berusia melebihi 21 tahun layak menjadi pengundi.

Daripada jumlah tersebut 13,468,946 telah pun mendaftar sekaligus bermaksud, masih terdapat 4,189,754 yang tak mungkin dapat mengundi pada PRU akan datang jika mereka tidak pergi mendaftar.

undi

Daripada jumlah yang layak mengundi tetapi belum mendaftar itu pula bangsa Melayu mencatat peratusan tertinggi iaitu 43 peratus diikuti Cina (29 peratus) dan India (9 peratus).

Pelbagai kaedah telah disediakan oleh kerajaan melalui badan SPR untuk memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi atau pemilih.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengunjungi ibu pejabat SPR, pejabat-pejabat pilihan raya negeri dan pejabat Pos berkomputer, selain melalui pendaftaran bergerak seperti Out-Reach Team SPR, penolong pendaftar parti politik atau penolong pendaftar di semua pejabat kerajaan yang dilantik oleh SPR.

Pemohon cuma perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Rakyat yang layak mendaftar sebagai pengundi disyaratkan mestilah warganegara Malaysia, sudah mencapai umur 21 tahun pada hari pengundian, menetap di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang.


Semakan sebagai pengundi atau pemilih boleh dilakukan menerusi beberapa kaedah antaranya menerusi laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), www.spr.gov.my, melalui SMS ke 15888 atau menelefon 03-88885 6565.

spr

spr2

spr2013

Sistem Pesanan Ringkas (SMS):

daftar-pemilih-spr

Semakan talian telefon:Harus diingat undi setiap individu adalah rahsia dan menjadi tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara berdemokrasi ini untuk melaksanakannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori