Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Kanak-Kanak Jepun Mati...

Polis Kobe menahan seorang lelaki berusia 47 tahun semalam berikutan penemuan mayat seorang...

Hoki Piala SAS: Australia...

IPOH - Juara bertahan, Australia membuktikan mereka lawan yang sukar ditandingi dalam Kejohanan...

Aminah Fail Kebenaran Semakan...

KUALA LUMPUR: Seorang pesara perkhidmatan awam, Aminah Ahmad memohon kebenaran untuk memulakan prosiding...

Ratusan Ribu Pekerja Penjagaan...

LONDON: Kesatuan sekerja terbesar Britain memaklumkan 350,000 pekerjanya di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS)...

Politik Akan Stabil Jika Melayu Dominasi Kerajaan

TAHUN 2018 menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku di dalam dan luar negara, khususnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan peristiwa paling besar adalah perubahan kerajaan Malaysia.

Ini menyaksikan peralihan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) tetapi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah badan Melayu dan Islam sederhana, mendakwa pentadbiran negara masih tidak stabil.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, walaupun perubahan kuasa politik berlaku secara aman sejak PRU ke-14, namun PH masih lagi gagal kemuka agenda yang tuntas dalam konteks ekonomi, sosial dan perpaduan kaum.

“Sehingga kini anggota Kabinet masih tercari-cari formula untuk dapat memberikan keyakinan kepada pelabur dan rakyat. Malah isu perpaduan kaum masih terus menjadi isu utama negara.

“Tekanan dahsyat kepada kerajaan oleh puak liberal semakin kuat mencengkam. Lebih parah, golongan ini sudahpun menjadi sebahagian dari kerajaan.

“Harapan terbesar buat tahun 2019 ini ialah supaya politik tanah air dapat distabilkan. Ini boleh dicapai hanya dengan dominasi orang Melayu Islam di dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun 2018 turut menyaksikan himpunan gergasi anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – Himpunan 812 – yang satukan umat Islam tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD).


Aminuddin yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berkata, himpunan berkenaan telah menyatukan umat Islam khususnya orang Melayu.

“Himpunan 812 telah tercatat menjadi sejarah besar negara, bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Inilah nikmat yang perlu kita syukuri dan sentiasa berusaha untuk menjaganya.

“Umat Islam tidak sepatutnya lemah dan mudah kecewa dengan segala cabaran yang dihadapi sebaliknya menjadikannya sebagai satu wasilah untuk mengkayakan pemikiran dan pengalaman dalam usaha mencapai natijah ketinggian agama dan bangsa.

“Marilah kita bersama-sama meningkatkan keiltizaman kita kepada agama Islam, meneruskan agenda pemerkasaan syariat Allah dan meningkatkan akhlak demi mencapai keredhaanNya. Insya Allah,” katanya.

Kategori