Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Tiada Sebab Saya Perlu...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata hari ini...

Najib Akan Fail Permohonan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk...

UTC N.Sembilan Beroperasi Mulai...

SEREMBAN - Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Negeri Sembilan memulaka operasinya...

Buat Aduan Jika Harga...

PETALING JAYA - Orang ramai dikehendaki membuat aduan sekiranya terdapat klinik menjual dan...

10 ADUN Kedah Angkat Sumpah Exco Selasa Ini

ALOR SETAR – Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah, Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda di Istana Anak Bukit di sini, Isnin ini.

Tanpa menamakan anggota berkenaan, beliau berkata barisan exco negeri terdiri daripada empat ADUN PKR, tiga (Amanah), dua (PPBM) dan seorang ADUN DAP.

Selepas majlis angkat sumpah jawatan, mesyuarat exco pertama akan diadakan pada hari berikutnya, katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa PH Kubang Pasu, di sini, malam ini.

Sementara itu, Mukhriz berkata jawatan Speaker DUN Kedah akan diisi oleh ADUN PKR dan Timbalan Speaker oleh ADUN PPBM.

“Saya merasakan pelantikan barisan Exco ini tidaklah lambat seperti didakwa pihak tertentu dan ia tidak perlu dibuat secara tergesa- gesa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ada menemuinya baru-baru ini dengan menawarkan semula jawatan Presiden KFA kepadanya.


Namun, katanya, beliau akan mempertimbangkan tawaran itu terlebih dahulu supaya tidak bertentangan dengan manifesto PH Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini untuk menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA.

“Tetapi saya juga kena tengok permintaan dan maklum balas rakyat Kedah dan saya masih terbuka dan jika perlu, saya akan menerajui semula KFA,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden KFA, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melepaskan jawatan presiden KFA berkuat kuasa Selasa lepas.

Berikutan itu juga, Setiausaha Kehormat, Datuk Aminuddin Omar serta Bendahari KFA, Datuk Yusof Ismail turut menghantar surat peletakan jawatan masing-masing semalam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

Kategori