Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Tangan Hancur ‘Dimakan’...

NGERI... akibat terleka ketika memasukkan daging dalam mesin pengisar, seorang lelaki warga Indonesia...

PDRM, Jabatan Agama Bekerjasama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan jabatan agama negeri serta...

Penganggur Sorok Heroin Celah...

ALOR SETAR - Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam...

IKEA Mohon Maaf, Tarik...

BEIJING - Gedung perabot gergasi IKEA, menarik balik iklan televisyennya di China, selepas...

VIDEO: Wanita Indonesia Dakwa Didera Mahaguru Ibrahim Mat Zin

Setelah lama tak mendengar kisah Mahaguru Ibrahim Mat Zin, nama pengamal perubatan alternatif ini kembali hangat diperkatakan apabila seorang warga Indonesia mendakwa didera dengan teruk olehnya.

ibrahim mat zin

Menik Fitriyanti,47, dari Badean, Kota Bondowoso, Jawa Timur yang tiba ke kampung halamannya pada Selasa, 4 November lalu mengadu dia terpaksa melarikan diri dari Malaysia kerana tak tahan lagi didera oleh majikannya.

Majikannya disebut bernama Mahaguru Mat Zin dan ini disahkan oleh gambar yang dibawa bersamanya.

Anak Menik, Alfa Nurismayanti memberitahu media Indonesia, ibunya pulang seorang diri dalam keadaan sakit. Di kepala ibunya, terdapat bekas jahitan sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai jadi punca ingatan ibunya itu agak terganggu.

Ketika disedari pulang secara mengejut ke kampung halamannya sekitar jam 3 petang tempoh hari, Alfa menyatakan ibunya ditemui berada di kubur suaminya yang terletak di belakang rumah mereka dan tidak mahu banyak bercakap kerana kelihatan celaru.


Kali terakhir ibunya menghubungi keluarga dakwa Alfa, sekitar setahun lalu bagi memaklumkan bahawa dia tidak tahan lagi bekerja tapi tak dibenarkan berhenti oleh majikannya.

Selain bekas jahitan panjang di kepala, media seberang melaporkan terdapat bekas jahitan di leher dan perut Menik, selain kesan lebam di kaki.

Bagaimanapun, keluarga Menik dikatakan pasrah jika kes ini tidak mendapat perhatian pemerintah mereka memandangkan pemergian Menik ke Malaysia tiga tahun lalu tidak mengikut cara yang sah di sisi undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori