Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Peperiksaan Letak Jawatan...

Seoul - Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan...

30 Wartawan Rasai Pengalaman...

KUALA LUMPUR - Tiga puluh orang pengamal media diberi peluang merasai pengalaman sebagai...

Dr Noor Hisham Terkejut...

SIDANG media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa sedikit berbeza dan istimewa apabila Ketua...

Lelaki Berperwatakan Wanita Tawar...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang berperwatakan wanita didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret...

VIDEO: Lelaki Parah Kena Kekah 3 Ekor Singa Di Zoo Barcelona

SEORANG lelaki cedera parah akibat diserang tiga ekor singa selepas dia memasuki kandang haiwan tersebut di sebuah zoo di Barcelona.

23DA8EC200000578-2864437-image-a-34_1417992664058

Lelaki berusia 45 tahun dengan pakaian tentera itu didakwa memanjat pagar untuk memasuki kandang tersebut sebelum diserang singa yang cuba mengheretnya ke dalam sebuah terowong.

Mangsa bagaimanapun terlepas daripada maut apabila pasukan keselamatan zoo berjaya menyelamatkannya selepas mengharungi tempoh 30 minit untuk menakutkan singa-singa tersebut.

Semburan air digunakan untuk menakutkan tiga ekor singa yang menerkam mangsa.
Semburan air digunakan untuk menakutkan tiga ekor singa yang menerkam mangsa.

Tubuh badan lelaki itu terdapat kesan calar yang teruk selain luka akibat gigitan singa. Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital de la Vall D’Hebron.


Lelaki yang dikenali sebagai Justo Jose MP itu sebelum ini dilaporkan pernah ditahan polis kerana terlibat dengan demonstrasi di bandar.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mengetahui tujuan mangsa memasuki kandang singa terbabit.

https://www.youtube.com/watch?v=mIasPq6kJXI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori