Kisah Gerai Mr Coconut Shake Yang Popular Di Melaka

Kepada semua pembaca, tahukah anda apakah itu coconut shake?

Kini, hidangan minuman itu sudah semakin popular kerana mampu menghilangkan dahaga di kala panas membahang.

Rasa kelapa ditambah pula dengan adunan ais krim pelbagai perisa pasti menambat selera penggemar sajian berasaskan kelapa.

Di Melaka umpamanya, andai singgah ke Pantai Klebang anda boleh menemui sebuah gerai menjual coconut shake yang begitu popular sehingga ia turut muncul di laman Youtube dan mendapat ribuan tontonan.

Pemiliknya, Pakcik Shafie, seorang pesara tentera dan bekas komando mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan menjual minuman jenis itu beberapa tahun lalu.

Beliau merupakan antara individu terawal memperkenalkan coconut shake di negeri Hang Tuah.

Siapa sangka, apa yang bermula sebagai idea ringkas akhirnya menjadi begitu terkenal.

Setiap hari ramai yang sanggup beratur panjang sehingga 30 minit semata-mata untuk menikmati keenakan minuman Coconut Shake di gerai beliau.

Bukan itu saja, gerai berkenaan turut dikunjungi ramai artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Jom kita ikuti kisah jatuh bangun beliau dalam perniagan yang diusahakan ini.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Loading...