Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MH17: 5 Negara Utama...

NEW YORK - Lima negara yang menyiasat nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines...

Bicara Haniff Khatri Tuntut...

KUALA LUMPUR : Tuntutan saman difailkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap BERSATU...

Ismail Sabri Dijangka Tak...

Keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini mengubah percaturan dalaman Umno apabila...

Wanita Warga Australia Didakwa...

SEPANG - Seorang wanita warga Australia hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Video: Wanita Diragut Diseret 5 Meter Di Setapak

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita melawan ketika diragut menyebabkan dia terseret beberapa meter sebelum peragut yang menaiki motosikal melepaskannya dan melarikan diri.

Dalam kejadian pada pagi Khamis lalu, mangsa berjalan bersendirian untuk masuk ke stesen minyak di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, sebelum didatangi dua lelaki membonceng motosikal.

Perbuatan penjenayah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan berdasarkan rakaman video yang berdurasi 27 saat, suspek datang dari belakang mangsa sebelum meragut beg tangannya yang diletak di bahu kanan.

Bagaimanapun, mangsa yang berbaju kurung putih cuba melawan dan berusaha menarik beg tangannya. Ia menyebabkan mangsa diseret kira-kira lima meter sebelum wanita berkenaan terpaksa melepaskan beg tangan itu.

Rakaman kejadian kini mengundang kemarahan netizen berikutan sifat tidak berperikemanusiaan peragut terbabit dan meminta agar pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori