Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Soal Dr Zakir...

PERMAISURI - Penuntut perubatan, Siti Hajar Rasid, 19, yang dikecam di laman sosial...

Warga Nigeria Dijatuhi Hukuman...

MELAKA - Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Identiti 3 Lagi Mangsa...

ROMPIN - Identiti tiga daripada enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer...

Industri Pelancongan Mahu Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pemain industri pelancongan memohon pelaksanaan gaji minimun ditangguhkan ekoran kemerosotan...

Rogol Budak: Lelaki Myanmar Dipenjara 15 Tahun, Disebat

SHAH ALAM – “Harapkan pagar, pagar makan padi.” Begitulah halnya dengan seorang lelaki warga Myanmar yang merogol anak rakannya berumur tiga tahun ketika membantu menjaga budak itu.

Bagaimanapun tindakannya membawa padah apabila Mahkamah Seksyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan ke atasnya selepas mendapati dia bersalah melakukan perbuatan itu dua tahun lepas.

Hakim Rozi Bainon menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Myo Nyunt, 36, pekerja kilang, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 28 Okt 2013.

Seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Tertuduh didakwa merogol kanak-kanak yang juga warga Myanmar ketika budak itu berumur tiga tahun sembilan bulan di sebuah kilang di Sungai Rasah di sini, antara 11 pagi dan lima petang, 27 Okt 2013.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi sementara tertuduh diwakili peguam Ahmad Mukmin Aimi Azmi.

Terdahulu, dalam kenyataan impak mangsa, ibu kanak-kanak itu berkata beliau kesal dengan perbuatan tertuduh yang mengambil kesempatan ke atas anak kecilnya.

Dengan teresak-esak wanita itu berkata beliau bimbang perkara sama berulang ke atas anak sulung daripada tiga beradik itu.

Ibu kanak-kanak itu meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan setimpal ke atas tertuduh. – BERNAMA

RTM: Peniaga Ditahan Rogol Anak Tiri (13 Ogos 2015)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori