Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Al-Fatihah Serta Doa Menjadi...

PUTRAJAYA - Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah...

Aiman Bergelar Pengarah Urusan...

SEDAR usianya yang masih remaja, penyanyi, Aiman Tino bagaimanapun mengaku bersedia menggalas tugas...

Kit Siang Sakit Hati...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang melihat Perdana Menteri, Datuk...

PERKESO Tarik Balik Syarat...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menarik balik arahan kemudahan dialisis perlu...

Polis Tahan 2 Lelaki 1 Wanita, Rampas Dadah Bernilai RM109,700

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita selepas menemui sejumlah dadah bernilai RM109,700 dalam serbuan di Taman Bukit Mutiara di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menerusi satu kenyataan di sini berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan, berusia antara 26 hingga 38 tahun berkenaan itu, ditahan pada 11.45 pagi oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Johor (IPK).

Katanya, ketika serbuan, pihak polis menemui sejumlah serbuk disyaki dadah jenis heroin seberat 4.58 kilogram dan syabu seberat 197 gram.

Turut dirampas, dua buah motosikal dan wang tunai berjumlah RM7,150.

Kes disiasat mengikut Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Mohd Khalil berkata pihaknya turut berharap agar masyarakat dapat terus membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori