Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Utama Bakar Kereta...

KANGAR - Polis Perlis berjaya menahan suspek utama yang membakar kereta rasmi mufti...

K’jaan P.Pinang Tidak Haram...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di...

Just how to Compose...

The writing instructions give beneficial particulars. Occasionally, writing a English document may immediately...

Lebih 1 Juta Mohon...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sebanyak 1.56 juta permohonan pada...

Polis Mexico Temui 60 Mayat Di Krematorium Terbiar

ACAPULCO, Mexico – Polis negara ini menemui 60 mayat termasuk kanak-kanak yang dibiarkan reput di krematorium terbiar yang ditutup berbulan lalu dekat pusat peranginan Acapulco, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa membuat penemuan mayat berkenaan yang ditutup dengan cadar putih dan bertindih antara satu sama lain selepas penduduk menelefon polis mengadu mengenai bau busuk dari bangunan “Cremations of the Pacific”.

Waris yang pernah mendapatkan perkhidmatan rumah mayat itu untuk membakar mayat meminta pihak berkuasa memeriksa sama ada ahli keluarga mereka adalah antara mayat yang ditemui.

Pusat peranginan yang semakin hilang popularitinya dicemari keganasan geng dadah dan mangsa kekejaman mereka sering ditemui di sekitar bandar berkenaan tetapi pihak berkuasa memberitahu penyiasatan sedang dijalankan.


“Di antara 60 mayat yang ditemui, terdapat wanita, lelaki dan kanak-kanak yang sudah diawet…(dan) siap untuk dibakar,” kata pejabat pendakwa raya wilayah Guerrero dalam kenyataan.

Sebelum ini, pegawai berkata, mereka menemui 61 mayat. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori