Pelaku Tinggal ‘Nota Biadap’ Selepas Langgar Kereta

SUDAHLAH melanggar kereta ketika tiada pemandu di dalamnya, ditinggalkan pula sekeping nota yang memuatkan kata-kata dianggap sebagai biadap kepada pemilik kereta itu.

Dalam kejadian di Sydney, Australia, rasa curiga seorang pejalan kaki membawa kepada penemuan nota tersebut yang diselitkan di hadapan cermin kereta jenis Jeep Sport Wrangler.

Dailymail melaporkan, Nayte Howarth menemui nota tersebut ketika dalam perjalanan ke sebuah stesen kereta api Mascot dan terkejut apabila terdapat sekeping nota pada kenderaan yang diparkir di sebuah jalan di Green Square.

Pelaku Tinggalkan 'Nota Biadap' Selepas Langgar Kereta

Nota tersebut tertulis: “Maaf, saya terlanggar kereta anda, tiada calar namun ada orang memerhatikan saya. Kereta anda sangat sh**, sila belajar meletak kenderaan anda dengan betul. xx.”

Apabila mendapati nota tersebut yang dianggap sebagai biadap, Nayte memuat naik gambar nota dan kenderaan itu menerusi laman Facebooknya.

Perkongsian Nayte itu mendapat sokongan netizen di negara tersebut dan ramai menganggap pelaku atau penulis nota itu adalah biadap.

Mereka menganggap permohonan maaf yang diberikan pelaku bukanlah ikhlas tetapi lebih kerana terpaksa ekoran kejadian tersebut dilihat oleh orang ramai.

Difahamkan, perbuatan meninggalkan nota dengan kata-kata biadap ini sudah menjadi trend terbaharu kepada pelaku yang berpura-pura rasa bersalah selepas melanggar kenderaan orang lain. – MYNEWSHUB.CC

Loading...