Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Makmal Proses Syabu Di...

JOHOR BAHRU - Sebuah bangsal dipercayai beroperasi sebagai makmal memproses dadah jenis syabu...

Dulu Jual Negara, Kini...

Petikan FB Datuk Seri Najib Tun RazakSemalam saya tulis mengenai projek Melaka Gateway....

Kerajaan Setuju Pelan Parlimen...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula...

Adenan Pemimpin Berpandangan Jauh...

KOTA KINABALU - Malaysia kehilangan seorang tokoh dan pemimpin yang berpandangan jauh, kata...

Mayat Lelaki Ditemui Selepas 2 Hari Maut

PANCHANG BEDENA – Mayat seorang lelaki ditemui mati kira-kira dua hari berhampiran parit selepas dipercayai terbabas daripada motosikalnya di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Panchang Bedena di sini, malam kelmarin.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Superintendan Polis, Azman Abdul Rahman berkata, mangsa, Mohd Samsi Roman, 62, dari Taman Bedena Jaya Sungai Besar dipercayai terbabas daripada motosikalnya kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar isterinya yang ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

“Mangsa menunggang motosikal bersendirian dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas, namun tiada saksi yang melihat kejadian itu hingga menyebabkan mangsa gagal dikesan keluarganya,” katanya.

Azman berkata, lelaki yang bekerja di sebuah stesen minyak itu dijumpai orang awam dalam keadaan mayatnya lengkap berpakaian dan mengiring sebelah kanan sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira jam 10 pagi kelmarin.


Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HTAJ Sabak Bernam untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pihak hospital mengesahkan punca kematian adalah disebabkan hentakan pada paru-paru dan mengalami patah tulang rusuk,” katanya.

Menurutnya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Norizan Ramli di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori