Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Takut Penonton Boring, Emma...

SERING kali digandingkan bersama Kamal Adli, Emma Maembong mengakui dia berasa risau jika...

Dikata Bodoh Tunjuk Hadiah...

SUSULAN kontroversi video Datuk Aliff Syukri yang dikatakan menunjuk dalam pemberian hadiah buat...

Elizabeth Tan 100 Peratus...

PENYANYI yang bakatnya dicungkil menerusi laman perkongsian video Youtube, Elizabeth Tan menyatakan hasrat...

MSM Masih Beli Gula...

KUALA LUMPUR - MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) meneruskan pembelian gula mentah dari...

Mayat Lelaki Asing Ditemui Terapung Di Tasik UM

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di tasik berhampiran Dewan Canseleri Universiti Malaya (UM), pagi tadi.

Lelaki berkenaan dipercayai lemas akibat membunuh diri.

Mayat tanpa pengenalan diri itu ditemui seorang ahli Kor Polis Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) UM yang kebetulan melalui kawasan itu kira-kira jam 8.40 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak keselamatan universiti.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah, ketika dihubungi BH, berkata anggota keselamatan UM bertindak menaikkan mayat ke atas tebing dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya namun kita percaya mangsa seorang warga Indonesia.


“Seorang saksi bebas mendakwa terlihat mangsa berada di tengah-tengah tasik dan ketika itu dia masih hidup namun tidak mahu diselamatkan. Sejurus kemudian mangsa tenggelam dan mayatnya timbul tidak lama kemudian,” katanya.

Katanya, siasatan setakat ini mendapati kematian mangsa tiada kaitan dengan unsur jenayah dan cap jarinya sudah diambil untuk mengenal pasti identitinya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk urusan bedah siasat. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori