Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemaju Mahu Bincang Cadangan...

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menjadikan akses internet sebagai utiliti asas dan mewajibkan...

Kenyataan MITI Syok Sendiri,...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa mengeluarkan kenyataan yang...

Man United Mahu ‘Belasah’...

LONDON - Barisan pemain Manchester United tidak sabar menunggu Ahad ini untuk 'membelasah'...

‘InsyaAllah’ Adakah Anda Faham...

Anda sedar tak kebanyakkan dari kita menggunakan lafaz 'InsyaAllah' itu sebagai alasan untuk...

Kes Volkswagen Palsu: 98 Mangsa Rugi RM8.5 Juta

SINGAPURA – Bulan lalu, rakyat Malaysia gempar apabila media sosial melaporkan penemuan dua buah kereta model Volkswagen dengan nombor pendaftaran sama AJK 8033 yang secara kebetulan parkir sebelah-menyebelah di Taman Melati dekat Kuala Lumpur.

Kes itu kemudian disusuli pendedahan menerusi laman sosial kemungkinan kereta tersebut dijual sindiket dari Singapura yang menyeludup masuk kenderaan mewah itu dengan cara mengklon nombor pendaftaran pemilik sah untuk dijual pula pada harga murah.

Itu cerita kereta klon tetapi kali ini, warga Singapura turut gempar dengan kereta model Volkswagen apabila 98 mangsa terdiri daripada rakyat tempatan ditipu sebuah kedai jualan automotif dari Jerman itu yang rupa-rupa sudah lama tutup operasi di republik tersebut.

Kesemua mangsa itu yang sudah menghabiskan S$3.2 juta (RM8.5 juta) bagi membayar wang pendahuluan untuk membeli pelbagai model kereta Volkswagen tersebut kemudian membentuk sebuah jawatankuasa khas sendiri bagi menyelesaikan kes mereka.

Kedai tersebut di MacPherson Road yang sebelum ini sibuk menjadi tumpuan kerana harga kereta ditawarkan amat murah juga dilaporkan tidak beroperasi sejak minggu lalu manakala kelibat petugas premis itu tidak kelihatan dan gagal dihubungi menerusi telefon.


Penyelaras kumpulan berkenaan, K.K. Lo, 53 tahun, yang turut menjadi mangsa berhasrat membawa masalah penipuan syarikat ejen jualan kereta itu, Volks Auto Pte Ltd kepada pihak polis sekali gus membawa suspek jenayah komersial tersebut ke muka pengadilan.

“Kami semua berharap dapat balik deposit itu namun jika lihat situasi sekarang, saya tidak fikir ada harapan, segala-galanya bergantung kepada proses siasatan polis kerana kuasa kami pun terhad,” kata Lo yang merupakan pengurus firma teknologi maklumat di sini.

Kelmarin lebih 60 mangsa berkumpul di sebuah restoran di Kallang bagi mengumpul dokumen untuk rujukan pihak polis dan setakat ini usaha mereka menghubungi pengarah Volks Auto, Alvin Loo yang menghilangkan diri juga masih gagal. – Agensi

VIDEO SAMPINGAN:

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori