Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sampai Bila Pemimpin PH...

MENTERI-MENTERI Pakatan Harapan (PH) yang beragama Islam menghadapi dilema yang sukar sejak mula...

‘Hak Imigresen’ Melarang Individu...

KUCHING: Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak. Itu penegasan...

“Mata Saya Kurang Sihat”...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan mata beliau kurang sihat...

Restoran Mamak Al Ehsan...

Susulan kes seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah restoran mamak di Wangsa Maju menggunakan...

Pasport Ditarik Balik.. Alvin Dan Ali Terpaksa Pulang

Ali Abdul Jalil
Ali Abdul Jalil

JABATAN Imigresen Malaysia bukan sahaja membatalkan pasport antarabangsa blogger seks Alvin Tan sebaliknya turut menarik kembali pasport milik aktivis pembangkang yang telah melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil.

Memetik artikel disiarkan portal Rakyat Post, Jabatan Imigresen akan menghantar satu surat rasmi kepada Alvin dan Ali sebagai makluman berhubung penarikan balik pasport antarabangsa milik mereka yang akan dikeluarkan jabatan itu esok.

BACA: Alvin Terus Angkuh, Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, perkara itu akan diwartakan menerusi akhbar-akhbar tempatan sebagai pemberitahuan umum berhubung langkah yang dilakukan.

Selain itu, satu Sijil Perakuan Cemas (EC) turut dikeluarkan kepada Alvin dan Ali melalui Pejabat Perwakilan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua mereka pulang ke Malaysia.


“Dengan penarikan semula pasport antarabangsa berkenaan mereka berdua boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara tempat mereka berada sekarang ini,” katanya.

Menurutnya lagi, kedua-dua individu ini disifatkan sebagai sudah tidak boleh ‘ditoleransi’ lagi kerana menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO: SIDANG MEDIA SEMALAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori