Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nik Azman Dilantik Ketua...

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan pelantikan Nik Azman Nik Abdul Majid sebagai ketua audit...

Bekas MB S’gor: Buatlah...

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan pentadbiran...

Najib Masih Di SPRM...

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipanggil ke...

Neelofa Wanita Hijab Pertama...

SHAH ALAM - Pengacara dan pelakon, Neelofa mencatat sejarah apabila beliau menjadi rakyat...

Gambar: Penjawat Awam Wanita Diserang Ketika Buat ‘Overtime’

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang wanita berlumuran darah, viral di media sosial sejak Sabtu.

putrajaya2

putrajaya1

Wanita berkenaan didakwa dicederakan seorang lelaki yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah bangunan kerajaan di Putrajaya, Jumaat lalu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mangsa yang bekerja di tingkat 24 menghubungi bilik kawalan sekitar jam 8 malam, meminta supaya lampu di tingkatnya dihidupkan kerana dia perlu melakukan kerja lebih masa.

Juruteknik yang naik kononnya untuk membantu, kemudiannya dipercayai cuba melakukan perkara tidak senonoh kepada mangsa apabila menyedari dia hanya keseorangan di situ.

Mangsa cuba melawan membuatkan berlaku pergelutan, seterusnya mengakibatkan suspek memukul wajahnya hingga cedera parah.


Mujurlah, dalam keadaan berlumuran darah mangsa berjaya melarikan diri hingga ke bangunan kafe lalu meminta pertolongan kepada kakitangan kafe yang masih belum balik.

putrajaya5

putrajaya4

Mendengar kejadian itu, beberapa kakitangan dikatakan bergegas mencari suspek sebelum berjaya menangkap dan menyerahkannya kepada pihak polis. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori