Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasukan Khas Britain Latih...

KIEV – Pasukan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British dilaporkan kini berada di Ukraine...

Runtuhan Tebing Sungai Kelantan...

PASIR MAS - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran...

Cadang Nama Jalan Sudirman...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan salah satu jalan yang terdapat di...

MPM Serah Memorandum Selamatkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membubarkan Parlimen bukan langkah terbaik untuk menangani kemelut...

3 GAMBAR: Lelaki Dibelasah Sebab Baling Batu Pada Kereta Orang

Bagai sengaja cari nahas seorang lelaki menarik tong sampah ke tengah-tengah jalan bagi menghalang kereta melalui Jalan Demak, Kuching.

Dia kemudiannya mengambil batu lalu membaling ke arah kereta yang berhenti dalam keadaan hujan lebat pada petang Rabu lalu.

Tindakannya yang seeolah-olah minta dibelasah itu memakan diri apabila dia dilanyak orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

2

Seorang saksi berkata, dia memperlahankan kereta apabila melihat tong sampah besar di tengah jalan raya sebelum seorang lelaki memakai topi keledar tiba-tiba muncul lalu membaling sesuatu ke arah cermin keretanya.

Keadaan cermin yang retak teruk membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas namun dia amat khuatirkan keselamatan anaknya yang berada dalam kereta.


Lantas dia bergegas meletakkan kereta ke tepi jalan lalu keluar namun melihat pemuda yang melakukan perbuatan itu sudah dibelasah beberapa lelaki.

3a

Suspek yang berasal dari Kampung Haji Baki dipercayai melakukan perbuatan ini dalam keadaan khayal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

Terdapat sekurang-kurang tiga laporan polis dibuat oleh pemilik kereta terhadap suspek ekoran kejadian ini. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori