Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Awie Korban Cita-Cita Politik...

MELIHAT kepada kemeriahan suasana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini, penyanyi,...

Terkejut Nampak Lipas, Wanita...

SINGAPURA - Ini mungkin lucu namun begitulah yang berlaku apabila seorang wanita berusia...

Wanita Indonesia Bunuh Suami...

Gara-gara tidak tahan sering ditipu, seorang lelaki British dibunuh isterinya berdekatan parit sawah...

Pemandu Teksi “Tukar Angin”

PETALING JAYA - Pemandu teksi di Malaysia sedang meninggalkan industri tersebut secara perlahan-lahan...

Dakwaan Gangguan Seksual Oleh Diplomat Asing

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri telah menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa terdapat rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing. Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan secara rasmi dikemukakan kepada Kementerian, atau ke Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal Perwakilan asing di Malaysia.

Kementerian memandang serius tuduhan gangguan seksual ini, terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia. Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar Negeri. Selain daripada talian telefon selepas waktu pejabat, individu berkenaan juga boleh menggunakan saluran emel [email protected] untuk menyampaikan aduan mereka.

Kementerian memberi menjamin bahawa walaupun ada kekebalan, namun masih terdapat jalan penyelesaian yang dapat memelihara kepentingan pengadu. Kementerian akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius ini hingga ke penyelesaiannya.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NURBAITI BAKTHIR
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : [email protected]

– BERNAMA

Kategori