Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Baharu Diketahui Esok

KUALA LUMPUR - Sembilan Raja Melayu akan bermesyuarat esok bagi memilih Yang di-Pertuan...

14 Cedera Kemalangan Babitkan...

IPOH - Empat belas orang termasuk 12 penumpang sebuah bas ekspres dua tingkat...

Mengaku Guna Wang i-Sinar...

LIMBANG - Seorang lelaki yang kini bekerja sendiri mengaku menggunakan wang baru dikeluarkan...

Melaka Gateway Bukan Projek...

MELAKA - Pembangunan Melaka Gateway bukan sebuah projek untuk menjual kedaulatan atau menambah...

Kasihan, Bayi Menderita Penyakit ‘Hydrocephalus’

NUSA TENGGARA BARAT – Air mata Misbah mengalir seketika, ketika sejumlah wartawan melawatnya di ruang Unit Gawat Darurat RSUD Bima, Indonesia, semalam.

Wanita berusia 42 tahun yang berasal dari Desa Rupe, Kecamatan, Langgudu, Bima, itu sayu melihat anak kecilnya, Muhammad Wildan, 6 bulan, terbaring tanpa pakaian di atas katil.

Bayi malang itu, hasil perkahwinannya dengan Abdullah menderita penyakit hydrocephalus sejak usianya masih beberapa minggu.

Kepala Wildan membengkak sebesar bola keranjang akibat gangguan aliran cecair di dalam otak.

Cecair tersebut bertambah banyak dan berisiko tinggi kepada otak khususnya pusat-pusat saraf yang penting.


Semakin hari, cecair di kepala Wildan bertambah banyak. Bayi kecil itu tidak henti-henti menangis,dan menahan sakit yang luar biasa.

Hanya Allah yang mampu memberikan kesembuhan buat anak kecil ini dan semoga ibu Wildan serta ibu bapa lain yang diuji dengan dugaan penyakit pada anak mereka diberikan ketabahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori