Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

13 Pendaki Malaysia Dijangka...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 ahli kumpulan pendaki Langkawi Island Hikers, Majlis Bandaraya...

Upin & Ipin Terima...

CYBERJAYA - Siri animasi 3D Malaysia, Upin & Ipin, hari ini menerima anugerah...

Burger Nasi Lemak… Cukup...

MAKANAN hipster? Ingat tak tahun lepas ada banyak sangat jenis makanan hipster yang...

Dulu Hamleys, Sekarang Adidas...

BULAN lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu anak penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam...

Wow! TMJ Dapat Hadiah Jet Sempena Hari Lahir

SEMPENA Hari Keputeraan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang ke-31 hari ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan menerima sebuah jet peribadi sebagai hadiah daripada ayahanda, Sultan Ibrahim Ismail.

Beberapa keping foto yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers memaparkan TMJ dan ayahandanya bergambar berlatar belakangkan sebuah jet.

Malah menerusi foto-foto lain, kedua-dua figura kesayangan rakyat Johor itu dilihat bersiar-siar dalam pesawat tersebut.

TMJ Beri Lembu Kepada Setiap Daerah Di Johor

Titah TMJ menerusi laman sosial berkenaan, “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.”

Sementara itu, TMJ turut bermurah hati mengagihkan lembu di setiap daerah di Johor untuk majlis berbuka puasa, serta menghulurkan sumbangan buat anak-anak yatim dan golongan kurang upaya.

“Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.


“Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.”

Rata-rata rakyat turut mengucapkan selamat hari lahir buat TMJ dan berkongsi kegembiraan dengan baginda di ruang komen di laman berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

TMJ Kuat Berjenaka, Masak Resepi Tengku Boo Boo

https://www.youtube.com/watch?v=5Hkzu0IzoVY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori