Wanita Tikam Lelaki Atas Kapal Terbang Kerana Berdengkur

SEORANG lelaki malang, Lenny Mordarski dikejutkan daripada tidurnya menggunakan cara yang tidak disangka-sangka semasa berada di dalam kapal terbang.

Lenny yang menaiki kapal terbang dari Midway, Chicago ke Manchester, New Hampshire dikatakan tertidur dan berdengkur dalam perjalanan menyebabkan wanita di sebelah rasa tidak selesa lalu menikamnya!

plane1

Mujurlah, Lenny hanya ditikam dengan sebatang pen sahaja oleh wanita yang dianggap gila itu..

Tindakan wanita itu dianggap tidak wajar kerana dia boleh mengejutkan Lenny daripada menikam menggunakan pen.

“Bayangkan jika anda sedang tidur tiba-tiba rasa seperti disengat lebah dan apabila anda bangun terasa sakit,” cerita Lenny kepada berita ABC 7.

Ekoran insiden tersebut wanita itu telah dikeluarkan dari pesawat dan Lenny diberikan minuman percuma sebagai ganti rugi.

plane-gif

– MYNEWSHUB.CC

Loading...