Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Insiden Pukul Gambar Toleransi...

JOHOR BAHRU - Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat...

Tindakan Siarkan Karikatur Hina...

KUCHING - Tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur kartun menghina negara...

Cekik Darah! Selepas Kes...

Andai semalam, sebuah restoran nasi kandar popular cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang dikritik...

Operasi BAH Bukti DBKL...

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan...

Wanita Diterajang Suami Enggan Buat Laporan Polis

BARU-BARU ini, satu rakaman video memaparkan aksi seorang suami berkelakuan ganas menendang isterinya yang masih berpantang di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, Pahang tersebar menjadi viral di media sosial.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan si suami sekali gus mengundang amarah netizen yang memohon perilaku dihukum dengan undang-undang.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan sudah mengambil keterangan berhubung kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, bagaimanapun wanita itu enggan membuat laporan polis.

“Saya sudah tonton video yang berdurasi selama seminit itu dan melihat sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya.

“Polis tidak dapat memastikan punca kejadian itu dan akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan suami mangsa mendapat hukuman atas perbuatan dilakukan,” katanya.


Dalam video berdurasi 1.02 minit itu, mangsa dilihat dilayan seperti binatang apabila suaminya bertindak membaling bakul kepadanya sebelum menendangnya dengan kuat.

Anak mangsa kemudian dilihat memeluk ibunya yang sedang memegang bahagian pinggang seolah-olah menahan kesakitan.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan isterinya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • viral

1 komen

  1. jantan x guna! isteri kau baru saja melahirkan zuriat kau!! macam tu cara kau layan dia?? depan anak pulak tu…contoh yang sungguh x baik buat anak kau…nauzubillah, jauhkan lah aku dari jantan yang berperangai sebegini..

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori