Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MYAirline: Penumpang Terjejas Dibayar...

Syarikat penerbangan bajet MYAirline hanya akan dapat membayar balik penumpang yang terjejas akibat...

Tak Ambil Tindakan Visa,...

PUTRAJAYA - Visa atau pas lawatan sosial warga asing yang telah tamat tempoh...

Anak Syarikat 1MDB Selesai...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat 1Malaysia Development Bhd., Edra Energy (Langat) Sdn. Bhd.,...

Skim Perlindungan Agromakanan Masih...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji pelaksanaan Skim Perlindungan Agromakanan bagi melindungi golongan...

Wanita Kongsi Pengalaman Ditipu ‘Sepupu’ Di Facebook

Seorang pengguna Facebook, Mimi Ezura Esa telah berkongsi pengalamannya ditipu oleh individu yang menyamar sebagai sepupunya menerusi ruangan inbox di laman sosial tersebut, baru-baru ini.

Penipuan tersebut telah dilakukan dengan begitu licik sekali hingga mangsa menyangka dia sedang berbual dengan sepupunya.

Individu tersebut pada mulanya memberitahu mangsa bahawa dia telah memesan barang dengan seorang peniaga online dan meminta bantuan mangsa untuk membayarkan barang tersebut terlebih dahulu kerana akaun banknya mengalami masalah.

Dia juga berjanji untuk membayar semula wang tersebut pada hari yang sama.

Penipuan itu hanya disedari oleh mangsa beberapa hari selepas itu selepas melihat status yang dikemaskini oleh sepupunya yang memberitahu akaun Facebooknya telah digodam.

Wanita Kongsi Pengalaman Ditipu 'Sepupu' Di Facebook
(BACA: Troll Terbaik Dari Pengguna Kepada Penghantar SMS Scam!)


Kadang-kadang, kita tidak dapat meletakkan 100 peratus kesilapan terhadap mangsa kerana kami yakin ramai yang akan melakukan perkara yang sama jika ia melibatkan ahli keluarga terdekat.

Namun, kes ini boleh dijadikan iktibar supaya kita lebih berhati-hati dalam apa jua situasi yang melibatkan wang ringgit di masa akan datang.

Sebaiknya, jika ada sesiapa yang meminta anda untuk melakukan perkara yang sama, hubungi individu tersebut bagi memeriksa kesahihannya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori