Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Elak Cukai, Pesohor Media...

BEIJING – Seorang bintang penstriman secara langsung popular dari China dikenakan denda berjumlah...

Sifar Plastik, Polistirena Di...

KUALA LUMPUR – Semua premis perniagaan di Wilayah Persekutuan diwajibkan menggunakan produk biodegradasi...

MH17 Ditembak Jatuh Peluru...

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun penyiasatan, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) diketuai Belanda...

Tingkat Usaha Kebersihan Untuk...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memerangi wabak denggi dengan...

Wanita Jadikan Darah Haid Sendiri Sebagai Karya Seni Foto

BAGI kebanyakan orang, darah haid adalah sesuatu yang dianggap sensitif dan disifatkan sebagai kotor serta jijik.

Namun, lain pula persepsi seorang artis bernama Jen Lewis apabila memilih untuk menjadikan darah haidnya sendiri sebagai karya seni dalam sebuah projek yang dinamakan ‘Beauty in Blood’.

slide_422964_5426862_freeslide_422964_5426852_freeenhanced-16228-1431278723-19Lewis5lewiscottoncandy1

Semuanya bermula apabila Jen Lewis ternampak darah haidnya yang dibuang ke dalam air menghasilkan rupa bentuk yang cantik dan penuh abstrak seperti lukisan sekaligus mendatangkan ilham buatnya.

Hasil karya Jen Lewis yang dibantu oleh suaminya Rob Lewis selaku jurugambar itu, mendapat perhatian ramai yang tertarik dengan bentuk darah haid yang terhasil.


Menurut Jen Lewis, dia berharap karya seninya dapat mengubah persepsi masyarakat umum yang kebiasaannya menolak atau kurang selesa bercakap mengenai darah haid agar lebih menghargai pengalaman kaum wanita semasa datang bulan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=Eo4wbsPfrFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori