Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Unit Anti Keganasan Bakal...

BACHOK - Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian...

KKM Tambah 500 Ambulans...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menambah 500 ambulans bagi hospital dan klinik...

239 Kadet Sertai Kursus...

PORT DICKSON - Sejumlah 239 kadet yang menyertai Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri...

Muhyiddin Kuarantin 14 Hari...

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,...

Wanita Jadi Inspirasi Kerana Berjaya Atasi Penyakit Anoreksia

SEORANG wanita ini telah menjadi inspirasi ramai orang di luar sana selepas melihat kejayaannya mengatasi masalah yang dihadapi.

Megan Jayne sebelum ini dikatakan tidak mempunyai nyawa yang panjang selepas dia disahkan menghidap anoreksia kerana menghadapi masalah makan.

Namun begitu, segalanya telah berubah selepas wanita itu nekad untuk mengubah gaya hidupnya dan menjadi individu yang lebih sihat.

https://instagram.com/p/7YNT7nopVQ/

 

Megan yang sebelum ini hanya memiliki berat badan seberat 28 kilogram telah menghadapi masalah itu sejak dia berusia 5 tahun lagi.

Dengan bantuan bapanya, wanita itu cuba mengatasi masalah pemakanannya selama ini dan dalam tempoh setahun, Megan tampil dengan tubuh badan baharu dan cuba membawa impak positif kepada masyarakat.

Kini dia begitu semangat dan gembira menunjukkan tubuh badan gempalnya dengan hanya berbikini di laman Instagram serta menyeru orang ramai untuk bersyukur dengan tubuh badan yang mereka miliki.


https://instagram.com/p/8gLlj1opdO/

 

“Saya cuba untuk menunjukkan taraf kecantikan di kaca televisyen dan majalah tidak semestinya menggembirakan.

“Jika saya boleh jatuh cinta dengan tubuh badan saya selepas mengharungi dugaan sebelum ini maka semua orang juga boleh, mereka hanya perlu percaya bahawa mereka layak untuk mendapatkannya,” ujarnya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori