Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PH Tiada Bukti Rampasan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa gagal membuktikan kesemua barangan dan...

Penanaman Pokok Bakau Mampu...

KUALA LUMPUR - Penanaman pokok bakau dilihat langkah terbaik dalam usaha menangani fenomena...

Lelaki Ditemui Lemas Dihanyutkan...

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dihanyutkan 'kepala air' atau arus deras Sungai...

Mesej Dalam Telefon Bimbit...

SEORANG wanita dikenali sebagai Megan kehilangan telefon bimbit sebelum berjaya memperolehinya kembali keesokan harinya. Walau...

Wanita Guna Helah ‘Tembak’ Susu Badannya Untuk Curi

Kreatif namun menjelikkan. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk mencuri wang.

Kejadian unik ini berlaku di Darmstadt, Jerman apabila seorang wanita yang berpura-pura sedang membuat pembayaran di kaunter, memicit payudaranya bagi memancutkan susu ke arah kakitangan untuk mengalih perhatian sebelum mencuri wang di kaunter.

Menurut sumber polis, wanita itu masuk ke sebuah farmasi dan membeli satu barang yang berharga 20 Euro (RM 82). Dia menghulurkan 200 Euro kepada kakitangan ketika membuat pembayaran.

Liciknya, ketika kakitangan tersebut ingin menghulurkan baki wang kepada wanita tersebut, dia secara tiba-tiba menyelak bajunya dan mengeluarkan payudara sebelah kanan, menghala ke arah muka jurujual lalu memicitnya.

Tidak terhenti di situ, dia menghalakan payudaranya kepada kakitangan kedua dan melakukan perkara sama.

Ketika kejadian, staf dan pembeli yang menyaksikan kejadian terpaku kerana tidak menyangka tindakan wanita tersebut.

Selesai urusan jual beli tersebut, wanita yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 35 – 40 tahun itu terus beredar dari farmasi tersebut dalam keadaan payudara masih terdedah.


Setelah tersedar dari kejutan akibat insiden itu, kakitangan farmasi tersebut perasan yang 100 Euro hilang dari mesin.

Menurut jurucakap polis, Ferdinand Derigs, wanita tersebut cuba menimbulkan suasana terkejut sebagai taktik mencuri.

Ini merupakan kes kecurian paling luar biasa, Kami tak pernah berhadapan lagi dengan kes seperti ini,” katanya lagi.

Wanita berbadan gempal dan digelar ‘The Milk Sprayer’ itu sedang dalam pemburuan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori