Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Setpol Mat Sabu...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengaku tidak...

Rawabi Bandar Baru Palestin...

BAITULMAQDIS – Dengan suasana jalan yang luas, pusat beli-belah tersergam indah dan sebuah...

Dendam Punca Kematian Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan unsur dendam antara punca pergaduhan yang...

Enggan Ambil Penumpang Buta,...

SEORANG pemandu Uber dari London, Mohamed Mohamoud, 51, didenda sebanyak £1,550 (RM8,874.25) selepas...

Wanita Filipina Bersalin Atas Jalan Sesak Dek Sidang APEC

GARA-gara terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas yang disebabkan penganjuran sidang kemuncak antarabangsa APEC, seorang wanita Filipina dilaporkan terpaksa melahirkan anaknya di kaki lima di Manila.

Memetik laporan media tempatan, wanita yang tidak dikenali itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu.

Difahamkan, wanita hamil yang terperangkap dalam kesesakkan trafik itu melahirkan anaknya dengan bantuan dua orang anggota polis dan beberapa orang awam.

traffic-APEC-monday

Insiden tidak diduga itu turut menjadi viral menerusi laman sosial setelah seorang netizen yang dikenali sebagai Angel Ramos-Canoy memuat naik gambar kejadian tersebut di laman Facebook.

Menerusi gambar itu, seorang wanita dan seorang polis wanita sedang memegang bayi yang dibaluti dengan kain putih manakala tali pusatnya kelihatan masih belum lagi dipotong.


Namun, Canoy tidak menyatakan sebarang maklumat tentang di manakah kejadian itu berlaku.

Keadaan lalu lintas ibu kota Filipina dilaporkan bertambah teruk ekoran polis menutup beberapa jalan raya utama untuk memberi laluan kepada para pemimpin dunia supaya perjalanan mereka cepat dan selamat semasa sidang kemuncak tersebut. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER: Daily Mail

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=1f7bMmdMRQs]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori