Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ketagih Makan Najis...

SEORANG lelaki di China ketagih memakan najis wanita sehingga tergamak mencari bekalannya di...

TPM Tiba Untuk Lawatan...

SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan...

Kangar : Mahkamah Majistret Kangar hari ini, menolak permohonan reman daripada polis terhadap...

Kerajaan Akan Terus Berunding...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus berunding mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi...

Wanita Bertudung Jual Nasi Babi Di Indonesia

GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir, menerima pelbagai respon negatif di kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat, Indonesia.

Foto berkenaan yang tertera menu ‘nasi uduk babi buncit’ pada mulanya dianggap palsu oleh netizen tempatan, namun perkara tersebut disangkal pemuat naik gambar, Hanny Kristianto.

Beliau malahan mendakwa telah bertemu sendiri dengan wanita Muslimah itu. Katanya, wanita itu berniaga nasi daging khinzir di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.

“Dia kerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya kerja di sana kerana terdesak selepas sukar dapat kerja di tempat lain dan terpaksa jaga keluarganya,” katanya.

Nasi Uduk Babi Buncit

Gerai berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua gereja berhampiran pasar raya itu.

Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu gerai berkenaan memang menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.


Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam bukan dan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Bintang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori