Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Atasan Jangan Lindungi...

Pegawai Atasan Jangan Lindungi salaS Laku Anggota - Ayob Khan

Najib Sindir Mazlan Isu...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Pengerusi Lembaga...

Chacha Tak Sedar Aksi...

PETALING JAYA - Pelakon Chacha Maembong memberitahu aksi mesra yang disaksikan penonton ketika...

Pelakon Harry Potter Kenang...

KEMATIAN aktor senior, Alan Rickman ternyata meninggalkan memori yang cukup pahit di kalangan...

Video: Wow.. Pemain Rugbi Menari Setanding Pasukan Sorak!

VIDEO yang memaparkan seorang pemain rugbi menari serta membuat persembahan bersama-sama barisan pasukan sorak di sebuah perlawanan rugbi telah menjadi sensasi internet.

Seperti di setiap perlawanan rugbi di luar negara, persembahan pembukaan oleh sekumpulan wanita seksi sebagai pasukan sorak pasti tidak akan diabaikan.

Persembahan pembukaan daripada kumpulan itu mula menarik perhatian penonton namun kehadiran salah seorang ‘pemain’ di dalam persembahan itu telah menggamatkan lagi suasana di situ.

Aksi lincah lelaki terbabit langsung tidak diduga dan ternyata memberi impak serta sorakan positif daripada penonton di stadium tersebut.


Walaubagaimanapun, lelaki yang memakai baju rugbi bernama Oscar itu difahamkan adalah seorang penari dan bukanlah pemain rugbi seperti disangka.

Tindakannya memakai pakaian rugbi itu hanyalah gimik untuk meraih perhatian penonton. Patutlah gaya tarian serta twerking-nya lebih mantap daripada pasukan sorak itu.

Menurut sumber, penari yang juga seorang koreografer itu adalah Oscar Hernandez. Kehadiran Oscar adalah untuk memberi semangat kepada pasukan yang bertanding ketika itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori