Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8 Peg. Kastam Dituduh...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa seramai lapan pegawai Jabatan...

Bomba Selamatkan Remaja Dalam...

PARIT BUNTAR - Seorang remaja lelaki sesak nafas dan melecur tapak tangan berjaya diselamatkan...

Musa Aman Atau Shafie...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini akan memberikan keputusannya hari ini mengenai...

Mana Suara Pemimpin, Menteri...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membidas sesetengah pemimpin...

Video: Serena Williams Kejar Pencuri Telefon Bimbitnya

NAMPAK gayanya, seorang lelaki yang mencuba untuk mencuri telefon bimbit seorang wanita di sebuah restoran ini tersilap memilih mangsa.

Mana tidaknya, mangsa yang dimaksudkan adalah wanita perkasa yang juga pemain tenis wanita nombor satu di dunia, Serena Williams!

Mungkin dia terlupa bahawa wanita itu mempunyai kekuatan hayunan tangan yang boleh memberi tamparan maut kepadanya.

Namun begitu, menerusi rakaman litar tertutup CCTV restoran di San Francisco itu, pemain tenis berusia 34 tahun tersebut hanya mengejar lelaki itu dan memintanya kembali sebelum melepaskannya pergi.

2E22C39900000578-3305224-image-a-10_1446727670484
Serena Williams dilihat mengejar pencuri telefon bimbitnya di sebuah restoran di San Francisco.

Menurut laporan media tempatan, Serena cuba bersikap profesional dan bertanya dengan baik sama ada lelaki itu ‘tersilap’ ambil gajet berkenaan sebelum dia memulangkannya kembali.

Tiada tangkapan dibuat kerana Serena dikatakan tidak mahu ada konflik dengan lelaki terbabit dan persoalan mengapa atlet itu menjadi sasaran masih lagi tidak jelas.


Sementara itu, menerusi laman Facebooknya, Serena telah menyeru semua kaum hawa untuk bangkit dan pertahankan diri mereka sendiri daripada menjadi mangsa pencuri berserta gambarnya sebagai Superwoman!

Sememangnya tindakan beraninya itu menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana namun pakar bidang jenayah menasihatinya dan masyarakat untuk lebih berhati-hati jika berhadapan dengan situasi seperti itu.

Ia sangat berbahaya kerana berdasarkan kes seperti itu, beberapa mangsa telah mati dibunuh oleh penjenayah kerana cuba berhadapan dengan mereka. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori