Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lubuk Timah Hot Spring...

IPOH - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf beberapa prasarana di pusat...

Dasar Perumahan Negara Dikaji...

SHAH ALAM - Dasar Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman...

Pilih Duda, Anis Al-Idrus...

SETELAH gagal dengan beberapa siri percintaannya terdahulu, akhirnya pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus...

PH Sabah Terkejut Cadangan...

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu...

VIDEO : Saat-Saat Awal Selepas Pesawat MH17 Terhempas

Sebuah video berdurasi dua minit telah dimuatnaik oleh agensi berita Russia Today (RT) semalam, memaparkan saat-saat awal selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine.

Julai lepas, hanya sebuah video selama 54 saat dikategorikan sebagai rakaman saat-saat paling awal ketika kejadian berkenaan berlaku.

BACA – Kerja-Kerja Memindahkan Serpihan Pesawat MH17 Bermula Hari Ini

Dalam visual terbaru ini, kelihatan penduduk setempat mengumpulkan baldi air untuk cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan lapang di timur Ukraine sejurus selepas pesawat terhempas.

Pesawat berkenaan yang membawa 298 orang penumpang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Pesawat jenis Boeing 777 itu dipercayai terhempas akibat ditembak peluru berpandu darat ke udara oleh pemberontak Ukraine pro-Russia menggunakan peluru berpandu jenis BUK.


Semua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan terkorban.

Diketuai pasukan penyiasat dari Belanda, kerja-kerja pengumpulan serpihan badan pesawat telah dimulakan semalam, menandakan proses siasatan forensik bagi mengenalpasti punca kejadian berkenaan mulai dilakukan.

Serpihan pesawat MH17 yang dikumpulkan akan dibawa ke Kharkiv, sebuah wilayah yang dikawal kerajaan rasmi Ukraine dan bukan puak pemberontak, sebelum ia diterbangkan ke Belanda untuk proses siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori