Video: Reaksi Anak Bila Ibu Bapa Makan Gula-Gula Halloween

ALAHAI.. kelakarnya reaksi anak-anak mat salleh ini bila dapat tahu ibu bapa mereka telah memakan kesemua gula-gula yang diberikan kepada mereka sempena pesta Halloween baru-baru ini.

Video yang menunjukkan reaksi kanak-kanak itu telah dirakam oleh para ibu bapa mereka untuk tontonan penonton yang menyaksikan program temubual yang diacarakan oleh Jimmy Kimmel.

Setiap tahun ibu bapa diminta untuk merakam reaksi anak-anak mereka apabila mendapat tahu bahawa gula-gula yang mereka kutip di malam pesta Halloween telah habis dimakan.

Reaksi mereka semua sememangnya kelakar dan comel belaka! Jom sama-sama tengok video tersebut di bawah. – MYNEWSHUB.CC

Loading...