Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bawa Pemetik Api...

MIRI – Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki...

Samsung Galaxy S8 Akan...

RAMAI sedia maklum dengan tragedi buruk yang menimpa peranti Galaxy Note7 tahun lalu...

Gedung Jakel Shah Alam...

Sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7,...

Bunuh Kucing: Permaisuri Selangor...

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita berhubung...

Video: Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

SEMENJAK video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan penyanyi Kazar Saisi iaitu Ira Kaza bukan lagi asing di telinga masyarakat Malaysia.

Baca: Video Gelek Jadi Kontroversi, Ira Kaza Mohon Maaf

Video: Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar
Ira Kaza

Dalam orang ramai mengecam dan mengkritik aksi tersebut, namun ternyata insiden viral tersebut turut membawa tuah buatnya apabila bilangan pengikutnya di laman Instagram meningkat dengan drastik.

Mana tidaknya, ramai pengikut khususnya wanita mencemburui tubuh badan yang dimiliki Ira hinggakan dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai rahsia yang diamalkan untuk mendapatkan body mantap sepertinya.

Berkongsi rahsia kepada umum, gadis yang mempunyai berat badan 54 kilogram ini memberitahu, dia sangat mementingkan amalan gaya hidup sihat.

“Saya selalu pergi ke gym sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu bersama rakan untuk mengeluarkan peluh.

“Setiap pagi, saya akan membuat kira-kira 30 sit up agar perut tidak buncit.

“Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, kita juga kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.


“Paling penting adalah disiplin. Kalau kita jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan melakukan senaman cardio memang badan kita akan maintain fit,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Video: Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Pun begitu,Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazar, 21, mengakui sebagai orang Melayu dia tidak boleh lari daripada pengambilan nasi namun mengawalnya dengan senaman.

Kata Ira yang juga salah seorang peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 ini, dia merupakan individu sangat mementingkan senaman di bahagian kaki.

Sementara itu, Ira memberitahu, idola yang sering dijadikan inspirasi untuk memiliki badan fit adalah Michelle Lewin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori